Masjid Di Nablus Di Bakar Pemukim Yahudi Zionis

December 13, 2009

(Berita ini Bahasa Melayu)

12 Dis, Gaza- Segerombolan pemukim Yahudi Zionis pada hari Jumaat(11 Dis) yang lalu, telah menyerbu desa Yasuf, di bahagian selatan kota Nablus, dan membakar masjid di desa tersebut serta membuat pelbagai kerosakan lainnya.

Para saksi yang melihat kejadian tersebut dan sumber-sumber setempat mengatakan bahawa puluhan pemukim Yahudi Zionis dari pemukiman Yahudi Tafuh menyerbu masuk desa tersebut menjelang fajar hari ini dan menceroboh masuk ke salah satu masjid di sana setelah sebelumnya mereka menghancurkan pintu gerbang masjid itu. Mereka menuang bahan bakar dan menyalakan api di dalam masjid itu, dan dalam sekelip mata api itu membakar sebahagian besar isi masjid tersebut.

Serangan pemukim Yahudi Zionis terhadap salah satu rumah Allah kali ini dilancarkan setelah mereka melancarkan pelbagai serangan lainnya di sejumlah desa di daerah Nablus. Pelbagai aksi yang tidak bertamadun telah mereka lakukan berdasarkan fatwa-fatwa para pemuka agama Yahudi yang memerintahkan membunuh orang-orang Arab (warga Palestina), membakar hasil-hasil pertanian mereka dan merosakan barang-barang milik warga arab Palestin. av/ral.

Ditulis Oleh Abu Ridhwan · dalam Kategori Berita

http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3410

(Berita ini Bahasa Arab)

مستوطنون يهود يحرقون مسجد في قرية ياسوف جنوب نابلس

2009/12/11 الساعة 12:50 بتوقيت مكّة المكرّمة

شبكة اخباريات: أقدم المستوطنون اليهود فجر اليوم الجمعة، على ارتكاب جريمة جديدة بحق مقدسات الفلسطينيين في قرية ياسوف جنوبي نابلس شمال الضفة الغربية، بعد أن أحرقوا أحد مساجد القرية، واوضح الشيخ جمال الياسوفي في اتصال هاتفي مع شبكة اخباريات بان الاهالي استيقظوا حوالي الساعة الرابعة من فجر اليوم على فاجعة احتراق الدور الثاني من المسجد وسط البلدة عند الساعة الرابعة من فجر اليوم، ونقلت وكالة معا المستقلة عن رئيس مجلس قروي ياسوف عبد الرحيم مصلح بان النار التهمت مكتبة المسجد الخاصة بالمصاحف بالكامل، واجزاء من السجاد، قبل ان يهب اهالي القرية باطفاء النار بالتعاون مع اطفائية بلدية سلفيت. واكد مصلح ان المستوطنين كتبوا شعار باللغة العبرية على ارضية المسجد تقول “الانتفام لنار ايفي” واخرى تقولسنحرقكم كلكم”، مضيفا ان محافظ سلفيت العميد منير العبوشي والاجهزة الامنية الفلسطينية والارتباط الفلسطيني والاسرائيلي وصلوا الى المكان وفتحوا تحقيقا بالحريق. ويذكر ان المسجد الذي احرق اليوم يعتبر المسجد الاحدث والاكبر في قرية ياسوف وهو واحد من اربعة مساجد في القرية ويبلغ عدد سكات القرية 2000 مواطن وتقع الى الشرق من سلفيت وجنوب مدينة نابلس وتحيط بها عدد من المستوطنات الاسرائيلية اقربها تفوح.

http://news.maktoob.com/article/3203335/