Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia telah mengeluarkan perintah larangan penerbitan buku bertajuk “Islam Evil in the Name of God” karena buku tersebut dianggap berisi cerita-cerita palsu yang melecehkan Islam.

Kepala bagian Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Abdul Aziz Mohamed Nor mengatakan bahwa cerita-cerita yang terkandung dalam buku itu hanya kepalsuan semata, dan sengaja menyerang kepribadian Nabi Muhammad S.A.W. serta kesucian agama Islam.

“Penerbitan ini bukti nyata sebabagi bagian daripada propaganda anti Islam untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat non Islam agar membenci Islam dan merupakan usaha jahat pihak tertentu yang sengaja ingin menimbulkan kebencian dan sentimen negatif terhadap Islam.

“Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, hal ini hanya menambah mudarat bagi ketenteraman masyarakat,” katanya dalam satu pernyataan yang dikutip oleh Bernama Online.

Langkah pelarangan itu diambil mengikut Section 7 (1) Akta Percetakan dan Penerbitan tahun 1984.(fq/malaysianinsider)

ERAMUSLIM > DUNIA
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/melecehkan-islam-malaysia-larang-buku-islam-evil-in-the-name-of-god.htm
Publikasi: Rabu, 03/08/2011 12:59 WIB

***

Berita dengan bahasa Malaysia sebagai berikut:

Buku ‘Islam evil in the name of God’ dilarang

Ogos 2, 11 4:55pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku bertajuk “Islam Evil in The Name of God” kerana mengandungi fakta penceritaan yang palsu.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Abdul Aziz Mohamed Nor, berkata fakta penceritaan yang terkandung dalam buku itu palsu semata-mata khususnya yang melibatkan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dan kesucian agama Islam.

“Penerbitan ini nyata sebahagian daripada propaganda anti Islam untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat bukan Islam supaya membenci Islam dan merupakan usaha jahat pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kebencian dan sentimen negatif terhadap Islam.

“Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pewartaan perintah larangan ini adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan adalah menjadi satu kesalahan menurut subsyeksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya ada pihak yang mencetak, menerbit dan seumpamanya terhadap buku tersebut.

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

– Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/171781

(nahimunkar.com)