Suara Hati Alumnus ESQ Singapura: Training ESQ Banyak Bercanggah dengan Islam

Pada tahun 2007, saya dan keluarga saya menyertai program ESQ di Raffles Marina, Singapura, atas rekomendasi seorang ustad. Saya dapati banyak perkara yang bercanggah dengan keislaman dan selepas 3 hari workshop saya ada memberi maklum balas.

Tapi seperti kata Ustad Farid, ESQ tidak membuat apa-apa perubahan.

Program ini mirip ke ugama Kristian, di mana seseorang akan membuat “confession.” Dengan jujur saya katakan bila sessi confession dan microphone ditanyakan kepada saya, saya tidak sedikit pun merasa seperti yang lain-lain orang rasa. Meraung-meraung seperti mati ibu atau bapak, bahkan saya rasa mual dan bertanya pada diri saya mengapakah saya sebodoh itu membayar $500 untuk menangis?

Lepas sessi nangis terus sessi tari-menari.. untuk exercise pula dengan musik barat yang begitu rancak..

Trus terang saya katakan program ini salah dan cara dakwahnya pun salah. Bagaimanakah boleh bertaqarub pada Allah SWT jika caranya mengandungi unsur-unsur maksiat…ada musik, joget-joget dan slogan-slogan ESQ?

…program ini salah dan cara dakwahnya pun salah. Bagaimanakah boleh bertaqarub pada Allah SWT jika caranya mengandungi unsur-unsur maksiat…ada musik, joget-joget dan slogan-slogan ESQ…

The method is very unislamic.

Saya sangat heran macam mana ustad itu boleh rekomen program ini dan badan-badan masjid lain juga beri sambutan. Sebaliknya sangat sedih saya lihat ada beberapa masjid yang cuba mengikut cara-cara pelatih ESQ berdakwah dengan mengadakan program berunsur program ESQ. Lagu-lagu Asma Husna dilaungkan sebelum syarahan. Ada ustad yang seperti berlakon drama bila bersharah pasal sejarah nabi, apa nak jadi???

Mengapa tiada asatizah atau MUIS yang buat ulang kaji program yang boleh merosakkan akidah..

29 September 2010,

Rohana Hussein dari Singapore

Voaislam, Kamis, 30 Sep 2010

(nahimunkar.com)